Hijrah lepas putus cinta.











Bismillahirahmanirahim. lama jugak aku tak update blog ni. bukan lama jugak tapi dah semestinya memang lama gila. Tajuk besar title kali ni ialah 'Qawiy " qawiy tu apa kebenda weh? actually qawiy ni dalam bahasa melayu maksud dia tabah. aku tak da la expert sangat dalam bahasa arab ni. tapi aku cuba lah sikit sikit kan.
 
 
Banyak benda jugak aku lalui sebenarnya semasa aku tak update blog ni. Secara jujurnya sekarang aku dah berhijrah i mean cuba untuk berhijrah. Nak kata berhijrah betul tu aku tak berani lah beb sebab aku pun tak berapa nak kuat lagi . Sekarang aku cuba jadi yang terbaik untuk ingat Allah. Siapa yang kenal aku dulu mungkin dah tak sama dengan aku yang sekarang. Aku cuba berubah perlahan lahan , kadang kadang adalah jugak keluar dua tiga perangai lama aku. Tapi tak banyak kan? just dua tiga je . Hahaha.
 
 
Seriouslah sejak aku clash dengan ex aku dua tahun yang lalu. OMGee ! dua tahun? lama kan ? haa boleh ahh tahan . Okay sambung, sejak aku clash dengan dia tu you know what? hidup aku jadi tak tentu arah. Yelah , putus cinta mestilah gila. Aku rasa mungkin aku je putus cinta gila . kauorang tak eh? eh yeke? baik ngaku. Hahaha.
 
 
Dulu aku ada juga fikir benda benda bodoh lepas putus cinta ni. Tapi fortunately, masa zaman kegemilangan aku gila tu , ehemm takda lah kegemilangan sangat . hahah. tapi masa klimaks aku putus cinta tu. Aku cuba berdoa dekat Allah supaya aku lupa ex aku. Supaya aku tak ingat benda benda dengan dia. Lupa semua kisah dengan dia. aku punya berdoa berdoa berdoa last last aku still jugak ingat dia. tapi masa tu apa yang aku fikir dalam kepala aku , oh mungkin dia memang jodoh aku dan dalam percintaan ni Allah nak uji je. So lepas tu aku pun berdoa berdoa berdoa dekat nak sampai setahun jugak aku berdoa tak jugak lupa . hahah. then masa aku tengok youtube nak solat istikarah ni wey ( tak pernah2) hahah. tetiba aku terbukak ceramah ustaz azhar idrus pasal aurat wanita apa semua.
 
 
 
Bila aku dah tengok satu video tu aku rasa macam excited semacam nak tahu lebih pasal agama. so aku google lagi, kali ni tajuk macam macam. then aku niat untuk berubah. Aku try pakai stokin, shawl yang aku pakai aku cuba labuhkan ala ala heliza helmi. tapi masa tu hati aku masih nak mencuba,. sehari aku pakai macamtu serious lain gila perasan. you know what? kau tak kan pernah rasa seselamat ini bila berada di depan orang. Rasa macam Allah lindungi sangat . serious. Then, aku tengok pakai macamtu dapat impak yang tersangat positif pada aku. Rezeki aku pun bertambah, maruah terjaga. lelaki pun jarang nak mengorat aku tepi bus stop macam dulu. yang melamar ajak buat bini adalah hahaha. ini serious tak tipu. tapi aku tolak sebab aku tak sedia,
 
 
 
Sekarang bila dah masuk universti, serious aku culture shock pakaian semua pehh pangkat pangkat retis. Tapi aku cuba balik tanya iman niat apa semua . aku kenal persatuan insan banyak sangat membantu aku. aku masih lemah tapi tetap cuba untuk jadi qawiy, aku tahu Allah ada. Allah nampak, tanpa Allah aku takkan berada sampai sekarang. Aku pun tak expect yang Allah nak bagi rezeki aku macamni. Pasal ex aku tu sekarang aku dah lupa dia dah, sebab bila kita dekatkan diri dengan Allah kita takkan selalu sangat tension fikir hal dunia. So wat lex wat peace je. Tak payah nak kejar cinta sangat . Cinta Allah lebih Hakiki.
 
 
Kadang kadang aku ada juga stalk ex aku sometimes lah haha. tapi tak segila macam dulu. Aku bersyukur sangat aku gila meroyan sekejap putus cinta rupanya Allah nak ganti dengan lebih indah iaitu hidayah darinya. SubhanaAllah :')
























 
 
 


SUKA ? LIKE JER. JANGAN LUPA KOMEN .THANKS ;)

No comments:

Post a Comment