Novel


Tajuk : karipap Dari mama


    “sadis sungguh ya si murni tu . kecil kecil lagi sudah pandai nak menjaga diri . mengambil upah mahu cuci kereta orang lagi tu . tak sedar agaknya pekerjaan dia tu untuk kaum lelaki .entah kenal jantina ke tidak budak tu “ .. kebiasaanya orang  akan  mengatakan Munira .


“banyak kereta yang engkau cuci hari ni mun? “ kata nek ijah . nek ijah merupakan jiran munira yang satu satunya mengambil berat tentang Munira . “tak ada kerja lain agaknya orang tua ni ,busybody betul lah .tahu nak jaga tepi kain orang aje . kain sendiri koyak lompong macam lubang ular  tak nak pulak ditampalnya .dekat kamdar tu banyak kain semeter baru berapa ringgit je . tu pun nak berkira orang tua ni. . aku kerja ,aku yang makan duit .sukahati aku la .   “ . rungut  murni di dalam hati lantas melemparkan senyuman tawar yang memang sengaja dibuat buat kepada nek ijah . “aku ni bukan apa mun , kasihan tengokkan engkau .kecil kecil lagi sudah pandai nak mencari duit . nak harapkan emak engkau tu ,  memang  pemalas jual tin kosong je nampak nya.. hmm makan pasir la engkau anak beranak munnnn “.. Mun hanya membisu tanpa kata .Hatinnya berasa begitu geram melihat mulut mak Ijah yang tiada insurans. ‘’ agaknya dia fikir dia tu dah kaya sangat orang tua ni “ dalam hatinya berbisik .Jauh didasar hatinya mahu sahaja dia mencekik -cekik sahaja mak ijah tu .Biarlah dia degelar hantu pontianak sekalipun kerja mahu mencekik orang dia tidak kisah . M engenangkan mak ijah yang sudah tua ,tak sampai hati pula dia melakukan sebegitu .Istighfar sahaja yang mampu dia lakukan .





“esok saya nak kerja  sekolah yang  telah  saya berikan kepada  kamu hantar ke meja saya sebelum pukul 2 petang . faham ? “ kedengaran suara lantang  guru matapelajaran Sains cikgu Yana itu memberi arahan  dengan penuh tegasnya  dan lebih dikenali dengan cikgu singa . “Faham cikgu !! “ kedengaran suara kelas 5 akaun bergema dengan sahutan suara daripada penghuni kelas tersebut . Mun yang duduk diam  di dalam kelas itu masih menerawang fikirannya yang entah kemana . Badannya sahaja yang masih di kelas itu namun hatinya ke tempat lain ,samaada di restoran mamak , pasaraya giant ,ataupun funfair tidak dapat dipastikan . Perkara itu desedari oleh Puan Siti . “ Munnn .... kamu faham ?” .  “ha ? faham , faham cikgu ! “ . “apa yang kamu faham Munn ? “ “sesebuah enzim adalah pemangkin kepada tindak balas  biokimia dalam sel cikgu !“  hilaian tawa rakan sekelasnya memecah suasana sepi di kelas itu .” Munn ... kalau iya pun kamu 

Mahu menjadi doktor .,tak perlu lah kamu terlalu obses sangat .kamu ni buat cikgu risau ajee lahh . kamu ni da makan ubat ke munn ? . “ cikgu siti lantas mengeluarkan panadol activefast daripada handbagnya yang berkulitkan ular itu .  sekali lagi suasana di dalam kelas tersebut menjadi hiruk pikuk dengan suara ketawa anak -anak murid kelas 5 akaun . Mun mula membuat muka .mahu sahaja dia meninggalkan kelas itu dan terus lari ke rumah disebabkan dimalukan oleh cikgu Siti di hadapan kelas . Sejak peristiwa itu jugalah rakan-rakan sekelasnya memanggilnya dengan gelaran “minah jenin” di sebabkan sikapnya yang suka berangan- angan ketika guru sedang mengajar . Gelaran itu juga melekat  dan tersebar kepada budak-budak nakal di kampung dan panggilan itu masih kekal sehingga kini .


   Tudung saji mengkuang  di ruang dapur yang usang itu dibukanya perlahan-lahan untuk melihat kalau kalau ada makanan yang dapat mengisi perutnya yang sedang memainkan lagu lagu keroncong . Mungkin kali ini  perutnya berirama  berbentuk perlahan sedikit seperti irama Nasyid yang menyuruh dirinya untuk bersabar kerana  berkemungkinan dapat diisi sebentar sahaja lagi .Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa laparnya Munn di sekolah , namun dia tetap bertahan kerana ketiadaan wang untuk bebelanja . Kelihatan nasi dan telur goreng yang telah sedia terhidang di dalam sebuah pinggan . Munn berfikir bahawa kemungkinan Ibunya telah menyiapkan makanan tersebut untuk dirinya .  tanpa berfikiran panjang ,Mun lantas bergegegas ke batang paip di dapur untuk mencuci tangannya yang penuh dengan  correction liquid yang dilakukan oleh rakan -rakan nakal di kelasnya ketika Munn sedang tidur  . Munn kebiasaanya hanya merungut di dalam hati ‘’ Tak ada tangan sendiri agaknya mamat mamat tu .daripada dia membazir baik di berikan je liquid dia tu kat aku . liquid bukannya murah macam harga coklat choki choki . kalau semurah coklat  choki choki  dah lama aku beli liquid tu sedozen nak conteng seluruh badan dia supaya di dapat menikmati pesta liquid .Mahu sahaja Ahmad Idham  membuat filem terbaru .dan mengambil dia pelakon hantu liquid nanti .”   Selesai membaca doa makan ,Telur Goreng bersama nasi berlumuran kicap itu dikunyahnya dengan laju . betapa bersyukurnya dia mendapat telur goreng . kebiasaanya hanya ubi kayu yang menjadi santapan dia anak beranak . Mahupun dia mahu makanan yang sedap sedap , dia hanya dapat mengharapkan pemberian jirannya sahaja untuk membuka seleranya . Nak mengharapkan ibunya itu tidak mampu untuk memberi makanan yang sedap sedap . Makan ayam dan ikan pun hanya 3 bulan sekali . itupun kalau kalau ada kenduri yang diadakan oleh jiran tetangganya dapat lah dia menikmati makanan yang sedap sedap . Munn meneguk air suam di dalam cawan plastiknya sesudah selesai menjamah makanan . tiba –tiba kedengaran suara ibunya . “ munnn .. tolong ibu angkat botol botol plastik ni nak ! ..esok ibu nak hantar botol botol ni kepada Ah Chong untuk dikitar semula . Munn menyambut guni yang berisi botol botol itu lalu digalasnya dan diletakkannya di bawah rumah . Saban hari , begitu lah mata pencarian ibunya menjual barang barang untuk dikitar semula dan kadangkala mengambil upah untuk membasuh pinggan di restoran dan warung yang berhampiran .Mengenangkan suaminya yang meninggal dunia 12 tahun lepas , dia terpaksa mengantikkan kerja kerja suaminnya itu . Walaupun pendapatannya tidak begitu lumayan dan hanya cukup makan untuk dia dan Munn, namun wanita itu tetap bersabar dan berfikir bahawa itu hanyalah ujian daripada tuhan untuk menguatkan lagi imannya. “Munnn, engkau tolong ambilkan nasi bersama telur goreng di dalam tudung saji tu kepada mak , mak mahu makan .” Munn yang masih berada di bawah rumah itu menelan air liurnya beberapa kali. Seram sejuk dia apabila mengetahui nasi bersama telur goreng itu adalah kepunyaan emaknya . Kalau makanan tidak dicernakan oleh enzim yang berada di dalam badannya , mahu sahaja dia memuntahkan semula makanan tersebut untuk diberi kepada ibu kesayangannya itu .  Dengan kakinya yang mengigigil, Munn mendekati ibunya itu perlahan –lahan seperti pencuri yang mahu mencuri di tengah malam . Perlahan suara Munn berkata “ Maaf kan Munn, Mak .. Munn dah makan telur goreng dengan nasi tu . Munn, terlalu lapar ..Munn ingatkan telur itu mak buat untuk Munn “.

Segaris senyuman terpancar diwajah ibunya yang sudah tua itu . Wajah berkedut 60an tidak dapat disembunyikan lagi melihatkan kedut-kedut muka yang jelas kelihatan di wajahnya . “Tidak apalah Munn .. emak marah pun tiada gunannya . kamu sudah makan , lauk itulah satu- satunya untuk hari ini . Biarlah emak berlapar sehingga esok . Emak tidak akan mati kalau sehari tak makan “ . Kata- kata Puan Rahimah itu membuatkan hati Munn berasa tersentuh dan terasa syahdu . Kasihan dia melihat emaknya yang kerja separuh hari tetapi tidak makan , linangan air matanya menuruni pipi dan membasahi bumi tanpa disedari oleh  ibunya . Didalam linangan air mata itu , Munn teringat akan serpihan roti yang dia makan di sekolah . Roti yang dibelanja oleh Puan Rahimah ,guru Sains nya yang memberi kepadanya kerana Munn mendapat markah Ujian Sains yang paling tertinggi di dalam tingkatan .  Lantas Munn menuju ke biliknya untuk mengeluarkan Roti tersebut daripada Begnya yang sudah koyak rabak itu . Alangkah sedihnya Munn bila melihat roti di dalam begnya itu sudah penyek sepeti roti canai yang panas yang hanya menunggu untuk dinikmati. Kemungkinan roti itu telah terhimpap dengan buku teks yang dibawanya ke sekolah . Niat untuk memberikan roti tersebut kepada ibu kesayangannya itu difikir dua tiga kali . Akhirnya Munn menunjukkan juga roti itu kepada ibunya .
“Tak apa lah nak , ada roti ini pun mak sudah cukup bersyukur . tiada bezanya antara roti yang penyek dengan roti yang kembong .Rasanya tetap tidak akan berubah “ .  Puan Sharifah mengambil roti itu daripada anaknya dan menikmati roti itu sambil memikirkan halatuju dan kesusahan hidup mereka . Lantaran itu . dia mengusap rabut Munnira dengan suara yang sebak dia berkata “ belajar rajin- rajin ye nakk , Mak mahu kamu ubah kehidupan kita dan pedulikan kata kata orang yang mahu merendahkan kamu ,” .  Setitis air mata ibu jatuh ke bumi menyebabkan Munn berasa tersentuh . Tersentuh melihat ibunya yang makan roti yang telah penyet itu ....




*kalau kauorang minat cerita ni nanti aku sambung buat yeah ;D kalau takda permintaan aku tak buat . leave a comment ;)

SUKA ? LIKE JER. JANGAN LUPA KOMEN .THANKS ;)

No comments:

Post a Comment