Tips berjaya di Universiti.







Assalamualaikum. Almost three years jugak kot aku tak berblogging. hahah kau tahu alasan dia? maybe sebab aku rasa takda siapa nak tahu perkembangan aku kot. Hahah. Tapi aku tetap jugak nak cerita. Okay actually tajuk aku dah macam tersasar dengan pengenalan yang aku bagi kan? kalau karangan dekat sekolah kau buat topik lari terus cikgu deducted marks dan mungkin feeling nak marks karangan student lain tu turut spoil bila baca karangan kau. Okay jauh aku merapu. Actually aku ni takde lah everytime student dekan but yah kalau dah dapat maintain kan 3 pointer above tu mungkin students akan rasa dah cukup bertuah cukup bersyukur ya amat. Aku ada beberapa tips nak share untuk berjaya dekat universti. Tapi ini hanya sebagai cadangan melalui pengalaman. Macamna sekalipun Allah yang pegang kejayaan kita. Kita takkan berjaya kalau Allah tak memberi keizinan.


1. Solat tepat pada waktu bagi yang beragama Islam. Okay kau pun tahu kan solat tu tiang agama? Allah jugak tak jamin yang kau tak solat kau berjaya tapi Allah boleh jamin orang yang solat pasti berjaya. Okay taaat tu penting . Jangan ingat ustaz ustazah je kena tahu ilmuj agama, budak tudung labuh, budak usrah, budak madrasah , niqabis je yang kena tahu selok belok agama ni. Sebab dalam kad pengenalan kita dah tercatit kan yang kita ni islam. Kau tak bersyukur lagi ke? aku bukan nak buat tarbiah sentap. Tapi, mungkin ya.


2. Betulkan niat. Benda alah ni mesti selalu kau baca kan. Niat niat, apa tak de benda lain ke? ye memang dah takda benda lain. Haha. even kau nak solat pun dimulakan dengan niat, tak kisah lah benda kau buat tu baik ke jahat mesti ada niat. So dekat sini aku nak tegaskan bila masuk Universiti betul kan niat kau belajar tu untuk apa. Adakah saja untuk dapat pointer tinggikah? untuk berkahwinkah? atau untuk apakah

3. Pilih kawan yang betul. Okay dekat universti kau jangan terkejut macam orang mati anak pulak bila tengok macam macam perangai manusia. Kau kena tabah. Kau kena faham corak dan warna warni kehidupan. Kau kena pilih kawan yang betul. Jangan tersasar. Jangan pilih kawan yang ajak kau buat benda benda lagha. Benda benda yang buat kau jauh dari Allah, jauh dari study semua. Ingat! masa depan kau masih jauh.

4. Rapat dengan lecturer. Haa ni satu kes jugak kau nak rapat dengan lecturer pastikan saluran yang betul. Jangan pulak kau tengok lecturer tu handsome acah macam aaron aziz kau nak pikat . haaa tapi kalau jodoh takpe. Tu cerita lain hahaha . Okay tak ,tak maksud aku dekat sini kau kena rapat dengan lecturer curi ilmu dia, bukan curi hati , hahah sebab marks kau carry marks banyak bergantung pada lecturer. Lagipun keberkatan kan daripada tenaga pengajar.


5. Sibukkan diri dengan aktiviti luar. Kalau boleh kau kena aktif dalam pelbagai persatuan dalam universiti. Incase kalau kau takde assigment ataupun masa terluang kau diisi dengan benda benda bermanfaat daripada kau keluar hang dengan member menghabiskan duit PTPTN yang ada kan. Kita mahasiswa beb kena ada misi. Giteww.


Okaylah tu je yang sempat anakanda kongsikan ceh macam surat 50 an pulak hahaha. Okay sila beri komen okay. Aku dah ngantuk .Selamat malam.























SUKA ? LIKE JER. JANGAN LUPA KOMEN .THANKS ;)

No comments:

Post a Comment