Jalan jalan dan jalan



Bismillahirahmanirrahim . pagi tadi tunggu ika dekat depan rumah . dia follow aku ngan family aku pergi carik persiapan untuk sekolah .saja saja ajak dia. sebagai peneman aku .masa nak bukak pagar rumah, tangan aku tersepit . berdarah je lah tangan aku . tak guna punya pagar ;p . mak ayah aku dah beli and bayar kau . kau khianati kami .

sampai seremban pukul 10  , pergi kedai zulda masri dulu nak beli baju sekolah *wajib* . nampak beg dekat situ . tapi tak cantik semua gambar agry bird . aku tak beli .nanti beg aku jadi mangsa lastik je . then ,tengok kasut dekat situ , aku tak minat jenama BATA je ada. Aku tak main ah Malaysia .;p . ececeh .tak tau nak pergi mana , pergi je la terminal one .

sampai terminal one . ronda carik kasut aku . akhirnya jumpa jugak mueehee . bangge . aku beli je la . walaupun brand 'All America ' . nak beli Nike . tapi aku dapat free2  penyepak pulak nanti dengan cikgu pengawas . carik kasut ika, asyik tak jumpa saiz .dah fed up dia beli kasut macam bella . akak tu suruh baca bismillah sebelum beli . akhirnya dapat masuk . haha ;p . terbaik dari kebun lah akk nie ;p !

turun bawah sekali ikut ibu aku pergi nagoya. nak beli kain untuk tudung . mak aku tak suka beli dah siap . nanti tudung aku singkat semacam je .tapi malangnya kain tak cukup *kesian aku kan weyh *. nampak shawl   cotton murah ,terus beli .beli colour pink .aww >,< .

then, naik atas balik,pergi POPULAR nak beli pensil box . aku tibai pen sekali . yang lain semua ada kot .*aku pun tak tau ade lagi tak, setau aku , aku dah bakar* .muahaha .selak buku chemestry , add maths , sumpah teror gila penulis tu .sampai an aku pun xpaham ape dia merapu . berformula bagai *ececeh *

turun bawah beli bag . dapat offer 50% . terbaik lah kau uncle .dia panggil aku amoy . aww >,< . i like . aku beli beg Nike. Ika paul Smith . tak tau lah ori atau import Siam ;p .

balik rumah hujan , aku menarik nafas lega. kaki ku kelesuan, seperti kerangka tulang tapak kaki ku telah pun rapuh dek berjalan yang terlalu lama . emak memanggil aku dan kawan ku dengan suara lembut untuk menikmati juadah yang telah disediakan di atas meja . berasalaskan plastik meja. yang diiport dari arab saudi
. rakanku menikmatinya. perlahan lahan . namun aku menikmatinya dengan gelojoh dan pelahap kerana terlalu lapar . *sejak bila aku buat cerpen ni * ... berapa minti kemudian , ibu kepada rakanku tiba di perkarangan rumahku . lambaian tangan antara ibu dan ibunya. mengakhiri pertemuan kaimi hari ni . haha ;p .sekian
SUKA ? LIKE JER. JANGAN LUPA KOMEN .THANKS ;)

No comments:

Post a Comment